Home

Monday, March 8, 2010

SENANGNYA KERJA BILA GUNA JALUR LEBAR

















Kita boleh beli buku secara on-line di mana-mana sahaja.
Kita juga boleh bayar bil air, elekterik, telefon dan lain-lain dari rumah sahaja.
Senangnya bila ada dan menggunakan Jalur Lebar.

MAKNA JALUR LEBAR











Kata bapaku, Jalur Lebar (broadband) adalah alat yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband). Kedua-dua istilah ini merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).
Namun aku tak berapa faham makna Jalur Lebar dengan tepat. Apa-apa pun Jalur Lebar dalah Laluan Lebar Menghantar Data.

KOMUNIKASI SATELIT





















Kita sebanarnya seringkali menggunakan sistem komunikasi yang menggunakan operasi satelit. Menerusi sistem telefon satelit membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu lain dari kawasan terpencil di pergunungan di mana kebanyakan telefon mudah alih tidak mempunyai liputan perkhidmatan. Komunikasi bukan sahaja membabitkan operasi antara telefon bimbit kepada telefon bimbit sahaja tetapi kepada telefon talian tetap. Perkhidmatan fax dan data komunikasi juga beroperasi melalui sistem satelit. Aku kagum dengan teknologi terkini, Tuhan suru kita terus meneroka sehingga berjaya.

Thursday, February 25, 2010

AKU DAN ICT












Umiku seringkali menceritakan tentang ICT kepadaku dan kakakku tentang kebaikan dan keburukannya. Namun apa yang dapat aku beritahu kawan-kawan bahawa ICT tidak membawa keburukan jika manusia tidak menyalahgunakannya. Jom gunakan ICT dalam kehidupan kita dengan bijaksana.